BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 20 April 2011

aku rasa aku cantik...??

  • Lily bangun tidur. Terus menuju ke meja study. Switch On laptopnya.

    Password : ******

    ~~~~~~~~~~~~ Proceeding~~~~~~~~~

    Welcome.

    Cursor di arah ke YouCam.

    “nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!”

    Klik..klik..klik… *aaaa! lawa lak aku snap.

    Save in…’aku cute’ folder.

    Cursor di arah ke Celcom..double click! Connect

    “Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe”

    www.facebook.com

    email password

    aku_cute@yehaa.combact ******

    upload photo

    create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~

    location : -

    “da settle da upload..yes!"
    Mr. Jambu likes your photo

    Boboy commented on your photo

    Haziq, haikal, boboy and 26 others friends commented on your photo.

    “Giler banyak..hehe baru je letak kot”

    Boboy : awk ni cute sgt la..mcm amoy!

    Mr.Jambu : cun abis~

    Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~

    Lily : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun…

    1 message received

    Opening……

    Unknown :

    “wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya & lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu yang awak sendiri TAHU y awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =) ”

    Logout....

    ........................................................................................................................................................
    nota // : dulu aku sendiri pun pernah letak gambar sendiri, memang tak dinafikan ramai je yang like dan komen. Tapi aku ditegur oleh seorang teman kata dia = kan lebih baik kecantikan yang dimiliki oleh wanita itu sememangnya ekslusif buat suami.. hanya suami yang bisa menatap,merasa.. jangan tunjuk aurat atau kecantikan yang bakal membebankan bakal suami sebaliknya tolong menjaga diri sendiri agar bisa merasa syurga Allah sediakan buat orang2 yang beriman.. dalam masa yang sama bantu pelihara diri dan bakal suami dari menanggung dosa kelak . Aku nak jadi seperti orang2 yang berada dalam bilangan yang sedikit berbanding yang ramai. ^^ insyallah~


0 ulasan: