BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 2 April 2011

BoRinG..! BosAn..!

Ada suara yang mengungkapkan : " Boring la hidup ni! " kalimah ''bosan'' dilontarkan jauh2 dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya.
Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang matlamatnya sifar. Jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya orang2 fasik demi mengisi kekosongan jiwa semata-mata.
Seorang lelaki yang berkerjaya akan terkejar2 dengan tanggungjawab yang dipikul sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer2 yang nak digunakan di akhirat kelak bukan wang yang menimbun sehinggakan iman tenggelam dan tak nampak. Dunia dan akhiratnya disepadukan dan itulah wassotiah.
Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi yang penting setelah dilahirkan didunia. Mereka hamba dan mereka jualah pemimpin(khalifah)... 

dan ingatlah Firman Allah S.W.T yang bermaksud :" Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah." - Surah Ad-Dhariyat 51:56

Allah juga berfirman yang bermaksud : '' Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat ; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." - Surah Al-Baqarah 2:30

Dua misi inilah yang akan membuatkan kita begitu sibuk didunia untuk mengerjakan tanggungjawab selarasnya sehinggakan tiada masa untuk bergelumang dengan maksiat. InSyAllaH..!

Wallahualam ^_^




0 ulasan: