BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 1 April 2011

mai jadi bomba padam api kemarahan! hee~

kita semua mesti kadang-kadang terfikir ek, cam ner lah nak kawal marah!? huhu.. setiap manusia tak terlepas dari sikap ini.. inilah fitrah kita sebagai khalifah . manusia menemukan 1001 rasa dalam dirinya. yang paling popular dikalangan kaum adam dan hawa ni ialah..... MARAH! huhu..
jom atasi nya! sebab ana sendiri kuat marah huhu...

 Berwuduk
 Ini adalah cara terbaik. Ketika anda sedang marah, berwuduklah. Pasti akan redha kemarahan itu. Selain itu, wuduk juga dapat menghapuskan dosa-dosa kecil. So, amalkan la berwuduk.

Beribadat
Perkara paling senang untuk dilakukan. Bagi umat Islam hari-hari diwajibkan solatkan?? Solat tu dah dikira ibadat. So jangan lah tinggal solat. Senangkan. Solat dapat menenangkan diri anda. Anda juga boleh melakukan ibadat lain seperti qiamullail, baca al-quran dan macam-macam lagi sebagai tambahan.

Makan Coklat
Ada kajian yang menyatakan bahawa makan coklat dapat mengurangkan tekanan darah dengan membesarkan pembuluh darah. So kurang lah naik darah tu.

Melihat Pemandangan Cantik
Melihat alam ciptaan Allah ini memang banyak hikmahnya. Kagum dengan segala ciptaanNya. Hati anda akan lebih sejuk.

Amalkan Minum Teh
Teh dapat menurunkan kadar peningkatan hormon marah. So bila tiada hormon tu, anda tidaklah naik angin tidak tentu pasal jer.

Menonton Video Atau Cerita Lucu
Dengan menonton dan menbaca sesuatu yang lucu anda akan ketawa. Dengan ketawa anda boleh menghilangkan sedikit sebanyak duka atau masalah-masalah yang berlaku. Anda akan merasa lebih happy.

Berurut
Anda boleh mengurut sendiri kepala anda. Ataupun nak lebih sedap suruhla rakan-rakan anda ataupun sesiapa saja yang urut. Kalau rasa banyak duit boleh pegi spa. Satu badan dia urutkan.

Meluahkan Perasaan
Kadang-kadang bila kita simpan sesuatu didalam hati kita menyebabkan kita akan cepat naik marah. So, jika ada sengketa berkongsilah dengan sesiapa saja. Kita akan memperoleh banyak cara untuk melerai kerumitan yang terjadi. Jangan tanggung seorang diri. Lebih banyak kita kongsi, lebih banyak idea yang akan diperolehi untuk selesaikan masala
Banyak lagi sebenarnya. Tetapi yang saya tulis ini adalah perkara biasa yang dilakukan bagi orang meredakan kemarahan mereka. Sama-samalah kita amalkan.



0 ulasan: