BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 26 April 2011

Temanku..!

Andai kita berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan bisa buat kau menjauhinya..

Andai kita ingin berteman janganlah kerana kebaikan yang ada padanya, kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya...

Andai kita ingin bersahabat janganlah pula kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya..

Andai kau inginkan seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya, andai dia tidak menceriakan pasti kau akan menyalahkannya..

SAHABAT~ terimalah dia seadanya, kerana dia juga sahabat yang merupakan manusia biasa sama seperti kita, jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sesempurna mana. Tidak ada sesuatu yang sangat biasa bertukar menjadi sesuatu yang sangat sempurna. Bersahabatlah kerana Allah.  ..........................................................
nota :// siapa yang mampu mencapai mahumu bila mana kau juga seorang manusia~ <-- renung2kan! :)

0 ulasan: