BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 30 Jun 2011

dari kerana mata....


Bayangkan tatkala kita sedang merenung wajah seorang tua yang sudah berkedut, kudrat yang sudah uzur memberikan perspektif yang berbeza pada mata yang melihat. Ianya boleh dilihat dengan mata kasar, mata nafsu atau mata iman.
1) Mata kasar : Pabila kita sekadar melihat dengan mata kasar, tidak akan memberi makna apa-apa sekadar melihat sambil berlalu.
2) Mata nafsu : Pabila kita sekadar melihat dengan mata nafsu, kita akan terfikir untuk tidak mahu menjadi tua seperti itu. Tidak mahu berkedut, tidak mahu sakit dan jikalau boleh mahu kekal muda buat selama-lamanya. Lalu pelbagai cara digunakan untuk menegangkan kulit muka seperti botox, cucuk vitamin c , pembedahan plastiK dan sebagainya. Pelbagai ubat-ubatan digunakan kononnya untuk mengekalkan keremajaan kulit. Segala produk kecantikan dan ubat-ubatan untuk melambatkan penuaan akan dicuba dan dimakan. Bagi mereka yang pernah melihat cerita-cerita kuno dinasti cina, pasti teringat tentang kisah dimana seorang raja yang mempunyai ubat yang boleh menjadikannya hidup selama-lamanya dan menjadi rebutan semua orang.

3) Mata iman : Pabila kita melihat mereka dengan mata iman, kita akan melihat wajah-wajah tua dan kusam, penuh dengan kedut di muka dengan kudrat yang sudah uzur akan memberikan keinsafan di hati insan yang melihat dengan mata iman. Melihat wajah-wajah tua akan menyebabkan kita menangis. Menangis bukan kerana takutnya menjadi tua. Menangis kerana sedar dan insaf bahawa apa yang ada di dunia ini semuanya tiada yang kekal abadi. Semuanya adalah sementara. Kecantikan akan hilang, kekuatan akan hilang, kekayaan akan ditinggalkan, kuasa dan pangkat akan ditinggalkan, muda akan tua. Lalu apakah yang lebih utama di dalam kehidupan sementara di muka bumi ini? Mata iman akan menjawab ialah mencari keredhaan Allah dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Kerana apa? Kerana apa yang dijanjikan Allah iaitu hari akhirat yang kekal abadi adalah pasti, syurga dan neraka adalah pasti. Jika tiada cukup bekalan yang baik yang dibawa dari hidup yang sementara ini balasan neraka adalah pasti dan kekal abadi...Nauzubillah...Lalu apakah gunanya melebih-lebihkan kehidupan dunia yang sementara daripada kehidupan akhirat yang abadi. Bukanlah bermakna melebihkan akhirat dengan meninggalkan seluruh urusan di dunia dan hanya duduk di tikar sejadah semata-mata. Lalu, bagaimanakah cara kita boleh mencapai kejayaan di alam yang kekal abadi itu? Apa yang patut kita buat semasa kehidupan yang sementara di dunia ini?

Selasa, 26 April 2011

IniKaH cInTa?

Temanku..!

Andai kita berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan bisa buat kau menjauhinya..

Andai kita ingin berteman janganlah kerana kebaikan yang ada padanya, kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya...

Andai kita ingin bersahabat janganlah pula kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya..

Andai kau inginkan seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya, andai dia tidak menceriakan pasti kau akan menyalahkannya..

SAHABAT~ terimalah dia seadanya, kerana dia juga sahabat yang merupakan manusia biasa sama seperti kita, jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sesempurna mana. Tidak ada sesuatu yang sangat biasa bertukar menjadi sesuatu yang sangat sempurna. Bersahabatlah kerana Allah.  ..........................................................
nota :// siapa yang mampu mencapai mahumu bila mana kau juga seorang manusia~ <-- renung2kan! :)

Khamis, 21 April 2011

"Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA,& adakalanya kita perlu KETAWA  agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA... Bersyukur pada orang yang MENYAKITIMU, kerana dia yang MENABAHKAN  kamu... Bersyukur pada orang yang tak MENGENDAHKAN kamu, kerana dia yang memupukmu BERDIKARI... Bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN kamu, kerana dia orang yang MEMPERHEBATKAN kemampuanmu... Bersyukur pada orang yang MENYIKSAmu, kerana dia yang menguji KESABARAN  & KETABAHAN kamu..."

kata kata hikmah! ~

sibukkanlah dirimu dengan membetulkan aibmu berbanding aib orang lain.. sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita sempurna & terpelihara dari dosa.. setiap kita pasti menanggung dosa & aib sendiri.. berbahagialah mereka yang sibuk memperbaiki diri sendiri berbanding sibuk memerhatikan aib manusia.. 
 

"Don't compare you life with other because you never know what their journey is all about"

Selalu benar kau manjakan matamu memandang keindahan, kelak kau mudah menjadi pelupa. Selalukanlah pujuk matamu memandang kedhaifan, kelak kau akan menjadi pengingat...

yang jauh itu MASA, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang indah itu SOLAT, ~Imam Al-Ghazali~

Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup. 

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." 

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

"aku mencintai mu kerana agama mu.. pabila kurangnya agama pada mu, maka tiada la cinta ku pada mu "

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. 

"Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah, dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"

“Truly in the heart there is a sadness that can not be removed except with the happiness of knowing Allah SWT and being true to Him. And in it there is an emptiness that can not be filled except with love for Him and by turning to Him and always remembering Him. And if a person were given all of the world and what is in it, it would not fill this emptiness.

Cukuplah sekadar aku mencintai dan dicintaiNya... Kerana suatu hari nanti aku pasti... Orang yang mencintai dan dicintaiNya... Pasti akan mencintaiku..

If you do not change the direction in which you are going, you will end up where you are headed.

SeTiaP Yg MaNis KaDaNgKaLa BoLeH MeNgHiRis,.. SeTiAp Yg iNdAh KaDaNgKaLa MeMbAWa PaDaH,.. DaN SeTiAp Yg HaDiR BuKaNnYa TaKdir,.. MuNgKin MeNyurUh MaNuSia BeRfiKiR..."

Life at its best is a series of challenges. A big enough challenge will bring out strength and abilities you never knew you had. Take on challenges and you will bring yourself to life…

What does not kill me, makes me stronger.  

"Yesterday..was a HISTORY... Tomorrow..is still a MYSTERY... but Today...is a GIFT..."

Diibaratkan.. dinding neraka itu diperbuat daripada kesenangan di dunia & dinding syurga itu diperbuat daripada kesusahan di dunia..

" ukhuwwah bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucpn di bibir tetapi terletak pada ingatannya terhadap saudaranya di dalam doanya" ~imam Al-Ghazali

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari.. (Saidina Ali)

yang baik, apabila di pandang wajahnya, membawa m'ingati Allah.. mendengarkan kata-katanya, menambahkn ilmu, terlihat gerak- gerinya meninggikan takut kepada Allah, berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah..

"best way to destroy an enemy is make them be your friend."

'it is better to get hurt by the truth than comforted with a lie'

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. 

persahabatan itu umpama sejambak bunga andai terlerai bisa digubah semula tetapi ianya, tak secantik gubahan dahulu..

Tegakkan islam dalam dirimu nescaya tertegaklah islam dalam negaramu -imam hasan albanna-

In Best Friends Don't walk in front of me, I may not follow. Don't walk behind me, I may not lead. Walk beside me and be my friend.

Dream what you want to dream; Go where you want to go; Be what you want to be, Because you have only one life and one chance to do all the things you want to do.  The brightest future will always be based on a forgotten past, you can't go on well in life until you let go of your past failures and heartaches.

"A busy Life makes the PRAYER harder,but the prayer makes a busy life easier"  

"love your enemy.... because.... they are the one who show your fault..."

"Trust Nobody More Than yourself, But Trust ALLAH More Than Yourself"

JADILAH TEMAN YANG HADIRNYA DI SENANGI &PEMERGIANNYA DI RASAI,KERANA MENCARI TEMAN YANG JUJUR DAN SETIA IBARAT MENCARI SEBUTIR PERMATA DI TIMBUNAN KACA.....

"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"

TO LOVE SOMEONE IS NOTHING, TO BE LOVED BY SOMEONE IS SOMETHING, TO BE LOVED BY SOMEONE YOU LOVE IS EXCITING, BUT TO BE LOVED BY ALLAH IS EVERYTHING

LOVE ALLAH WITH FULL OF YOUR HEART,THEN ALLAH WILL MAKES ALL PEOPLE LOVE YOU..

Berkata benar biarpun pahit. Biar dunia membenci asalkan Allah menyayangi. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Jangan berdusta kerana Allah Maha mengetahui.

“Jika seseorang melupakan Allah dan hari akhirat, maka kamu tidak akan mendapatkan sesuatu yang kamu cita-citakan, kerana apabila hati manusia telah melupakan Allah ia tidak akan mampu berbuat apa-apa dan mudah dipujuk oleh musuh kamu iaitu syaitan” 

barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya,nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan..

Orang yang sombong adalah seperti seorang lelaki yang sedang berdiri di atas puncak bukit. dia melihat orang di bawahnya kecil sahaja, sedangkan orang di bawah melihatnya di atas sana kecil juga.

“The past is behind, learn from it. The future is ahead, prepare for it. The present is here, live it.” 

Al-Hasan Basri berkata: “Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal di belakangnya ada Api Neraka dan orang yang bersuka-suka sedang di belakangnya maut.” 

"...Salah satu contoh org yg kuat imannya adalah ia dpt menahan marah dan cepat pula menghilangkan kemarahannya serta mudah memaafkan org lain.

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

cantik wanita kerana kejernihan wajah, manis wnita kerana senyum, ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah, hebat wanita kerana kesabaran, mulia wanita kerana keimanan dan kecintaan illahi

Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

"hai anakku, apabila kau ingin bersaudara dengan seseorang, buatlah dia marah sebelumnya. Jika dia berlaku bijaksana di waktu marah, teruskanlah. Kalau tidak, jauhilah dia."-pesanan Luqman al-Hakim


Rabu, 20 April 2011

aku rasa aku cantik...??

  • Lily bangun tidur. Terus menuju ke meja study. Switch On laptopnya.

    Password : ******

    ~~~~~~~~~~~~ Proceeding~~~~~~~~~

    Welcome.

    Cursor di arah ke YouCam.

    “nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!”

    Klik..klik..klik… *aaaa! lawa lak aku snap.

    Save in…’aku cute’ folder.

    Cursor di arah ke Celcom..double click! Connect

    “Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe”

    www.facebook.com

    email password

    aku_cute@yehaa.combact ******

    upload photo

    create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~

    location : -

    “da settle da upload..yes!"
    Mr. Jambu likes your photo

    Boboy commented on your photo

    Haziq, haikal, boboy and 26 others friends commented on your photo.

    “Giler banyak..hehe baru je letak kot”

    Boboy : awk ni cute sgt la..mcm amoy!

    Mr.Jambu : cun abis~

    Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~

    Lily : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun…

    1 message received

    Opening……

    Unknown :

    “wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya & lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu yang awak sendiri TAHU y awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =) ”

    Logout....

    ........................................................................................................................................................
    nota // : dulu aku sendiri pun pernah letak gambar sendiri, memang tak dinafikan ramai je yang like dan komen. Tapi aku ditegur oleh seorang teman kata dia = kan lebih baik kecantikan yang dimiliki oleh wanita itu sememangnya ekslusif buat suami.. hanya suami yang bisa menatap,merasa.. jangan tunjuk aurat atau kecantikan yang bakal membebankan bakal suami sebaliknya tolong menjaga diri sendiri agar bisa merasa syurga Allah sediakan buat orang2 yang beriman.. dalam masa yang sama bantu pelihara diri dan bakal suami dari menanggung dosa kelak . Aku nak jadi seperti orang2 yang berada dalam bilangan yang sedikit berbanding yang ramai. ^^ insyallah~


ya tayba- suka lagu ini masa di tahfiz..