BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow by Email

Khamis, 30 Jun 2011

dari kerana mata....


Bayangkan tatkala kita sedang merenung wajah seorang tua yang sudah berkedut, kudrat yang sudah uzur memberikan perspektif yang berbeza pada mata yang melihat. Ianya boleh dilihat dengan mata kasar, mata nafsu atau mata iman.
1) Mata kasar : Pabila kita sekadar melihat dengan mata kasar, tidak akan memberi makna apa-apa sekadar melihat sambil berlalu.
2) Mata nafsu : Pabila kita sekadar melihat dengan mata nafsu, kita akan terfikir untuk tidak mahu menjadi tua seperti itu. Tidak mahu berkedut, tidak mahu sakit dan jikalau boleh mahu kekal muda buat selama-lamanya. Lalu pelbagai cara digunakan untuk menegangkan kulit muka seperti botox, cucuk vitamin c , pembedahan plastiK dan sebagainya. Pelbagai ubat-ubatan digunakan kononnya untuk mengekalkan keremajaan kulit. Segala produk kecantikan dan ubat-ubatan untuk melambatkan penuaan akan dicuba dan dimakan. Bagi mereka yang pernah melihat cerita-cerita kuno dinasti cina, pasti teringat tentang kisah dimana seorang raja yang mempunyai ubat yang boleh menjadikannya hidup selama-lamanya dan menjadi rebutan semua orang.

3) Mata iman : Pabila kita melihat mereka dengan mata iman, kita akan melihat wajah-wajah tua dan kusam, penuh dengan kedut di muka dengan kudrat yang sudah uzur akan memberikan keinsafan di hati insan yang melihat dengan mata iman. Melihat wajah-wajah tua akan menyebabkan kita menangis. Menangis bukan kerana takutnya menjadi tua. Menangis kerana sedar dan insaf bahawa apa yang ada di dunia ini semuanya tiada yang kekal abadi. Semuanya adalah sementara. Kecantikan akan hilang, kekuatan akan hilang, kekayaan akan ditinggalkan, kuasa dan pangkat akan ditinggalkan, muda akan tua. Lalu apakah yang lebih utama di dalam kehidupan sementara di muka bumi ini? Mata iman akan menjawab ialah mencari keredhaan Allah dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Kerana apa? Kerana apa yang dijanjikan Allah iaitu hari akhirat yang kekal abadi adalah pasti, syurga dan neraka adalah pasti. Jika tiada cukup bekalan yang baik yang dibawa dari hidup yang sementara ini balasan neraka adalah pasti dan kekal abadi...Nauzubillah...Lalu apakah gunanya melebih-lebihkan kehidupan dunia yang sementara daripada kehidupan akhirat yang abadi. Bukanlah bermakna melebihkan akhirat dengan meninggalkan seluruh urusan di dunia dan hanya duduk di tikar sejadah semata-mata. Lalu, bagaimanakah cara kita boleh mencapai kejayaan di alam yang kekal abadi itu? Apa yang patut kita buat semasa kehidupan yang sementara di dunia ini?

Selasa, 26 April 2011

IniKaH cInTa?

Temanku..!

Andai kita berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin satu kelemahan bisa buat kau menjauhinya..

Andai kita ingin berteman janganlah kerana kebaikan yang ada padanya, kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya...

Andai kita ingin bersahabat janganlah pula kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya..

Andai kau inginkan seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya, andai dia tidak menceriakan pasti kau akan menyalahkannya..

SAHABAT~ terimalah dia seadanya, kerana dia juga sahabat yang merupakan manusia biasa sama seperti kita, jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sesempurna mana. Tidak ada sesuatu yang sangat biasa bertukar menjadi sesuatu yang sangat sempurna. Bersahabatlah kerana Allah.  ..........................................................
nota :// siapa yang mampu mencapai mahumu bila mana kau juga seorang manusia~ <-- renung2kan! :)

Khamis, 21 April 2011

"Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA,& adakalanya kita perlu KETAWA  agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA... Bersyukur pada orang yang MENYAKITIMU, kerana dia yang MENABAHKAN  kamu... Bersyukur pada orang yang tak MENGENDAHKAN kamu, kerana dia yang memupukmu BERDIKARI... Bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN kamu, kerana dia orang yang MEMPERHEBATKAN kemampuanmu... Bersyukur pada orang yang MENYIKSAmu, kerana dia yang menguji KESABARAN  & KETABAHAN kamu..."

kata kata hikmah! ~

sibukkanlah dirimu dengan membetulkan aibmu berbanding aib orang lain.. sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita sempurna & terpelihara dari dosa.. setiap kita pasti menanggung dosa & aib sendiri.. berbahagialah mereka yang sibuk memperbaiki diri sendiri berbanding sibuk memerhatikan aib manusia.. 
 

"Don't compare you life with other because you never know what their journey is all about"

Selalu benar kau manjakan matamu memandang keindahan, kelak kau mudah menjadi pelupa. Selalukanlah pujuk matamu memandang kedhaifan, kelak kau akan menjadi pengingat...

yang jauh itu MASA, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang indah itu SOLAT, ~Imam Al-Ghazali~

Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup. 

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." 

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

"aku mencintai mu kerana agama mu.. pabila kurangnya agama pada mu, maka tiada la cinta ku pada mu "

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. 

"Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah, dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"

“Truly in the heart there is a sadness that can not be removed except with the happiness of knowing Allah SWT and being true to Him. And in it there is an emptiness that can not be filled except with love for Him and by turning to Him and always remembering Him. And if a person were given all of the world and what is in it, it would not fill this emptiness.

Cukuplah sekadar aku mencintai dan dicintaiNya... Kerana suatu hari nanti aku pasti... Orang yang mencintai dan dicintaiNya... Pasti akan mencintaiku..

If you do not change the direction in which you are going, you will end up where you are headed.

SeTiaP Yg MaNis KaDaNgKaLa BoLeH MeNgHiRis,.. SeTiAp Yg iNdAh KaDaNgKaLa MeMbAWa PaDaH,.. DaN SeTiAp Yg HaDiR BuKaNnYa TaKdir,.. MuNgKin MeNyurUh MaNuSia BeRfiKiR..."

Life at its best is a series of challenges. A big enough challenge will bring out strength and abilities you never knew you had. Take on challenges and you will bring yourself to life…

What does not kill me, makes me stronger.  

"Yesterday..was a HISTORY... Tomorrow..is still a MYSTERY... but Today...is a GIFT..."

Diibaratkan.. dinding neraka itu diperbuat daripada kesenangan di dunia & dinding syurga itu diperbuat daripada kesusahan di dunia..

" ukhuwwah bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucpn di bibir tetapi terletak pada ingatannya terhadap saudaranya di dalam doanya" ~imam Al-Ghazali

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari.. (Saidina Ali)

yang baik, apabila di pandang wajahnya, membawa m'ingati Allah.. mendengarkan kata-katanya, menambahkn ilmu, terlihat gerak- gerinya meninggikan takut kepada Allah, berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah..

"best way to destroy an enemy is make them be your friend."

'it is better to get hurt by the truth than comforted with a lie'

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. 

persahabatan itu umpama sejambak bunga andai terlerai bisa digubah semula tetapi ianya, tak secantik gubahan dahulu..

Tegakkan islam dalam dirimu nescaya tertegaklah islam dalam negaramu -imam hasan albanna-

In Best Friends Don't walk in front of me, I may not follow. Don't walk behind me, I may not lead. Walk beside me and be my friend.

Dream what you want to dream; Go where you want to go; Be what you want to be, Because you have only one life and one chance to do all the things you want to do.  The brightest future will always be based on a forgotten past, you can't go on well in life until you let go of your past failures and heartaches.

"A busy Life makes the PRAYER harder,but the prayer makes a busy life easier"  

"love your enemy.... because.... they are the one who show your fault..."

"Trust Nobody More Than yourself, But Trust ALLAH More Than Yourself"

JADILAH TEMAN YANG HADIRNYA DI SENANGI &PEMERGIANNYA DI RASAI,KERANA MENCARI TEMAN YANG JUJUR DAN SETIA IBARAT MENCARI SEBUTIR PERMATA DI TIMBUNAN KACA.....

"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"

TO LOVE SOMEONE IS NOTHING, TO BE LOVED BY SOMEONE IS SOMETHING, TO BE LOVED BY SOMEONE YOU LOVE IS EXCITING, BUT TO BE LOVED BY ALLAH IS EVERYTHING

LOVE ALLAH WITH FULL OF YOUR HEART,THEN ALLAH WILL MAKES ALL PEOPLE LOVE YOU..

Berkata benar biarpun pahit. Biar dunia membenci asalkan Allah menyayangi. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Jangan berdusta kerana Allah Maha mengetahui.

“Jika seseorang melupakan Allah dan hari akhirat, maka kamu tidak akan mendapatkan sesuatu yang kamu cita-citakan, kerana apabila hati manusia telah melupakan Allah ia tidak akan mampu berbuat apa-apa dan mudah dipujuk oleh musuh kamu iaitu syaitan” 

barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya,nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan..

Orang yang sombong adalah seperti seorang lelaki yang sedang berdiri di atas puncak bukit. dia melihat orang di bawahnya kecil sahaja, sedangkan orang di bawah melihatnya di atas sana kecil juga.

“The past is behind, learn from it. The future is ahead, prepare for it. The present is here, live it.” 

Al-Hasan Basri berkata: “Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal di belakangnya ada Api Neraka dan orang yang bersuka-suka sedang di belakangnya maut.” 

"...Salah satu contoh org yg kuat imannya adalah ia dpt menahan marah dan cepat pula menghilangkan kemarahannya serta mudah memaafkan org lain.

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

cantik wanita kerana kejernihan wajah, manis wnita kerana senyum, ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah, hebat wanita kerana kesabaran, mulia wanita kerana keimanan dan kecintaan illahi

Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

"hai anakku, apabila kau ingin bersaudara dengan seseorang, buatlah dia marah sebelumnya. Jika dia berlaku bijaksana di waktu marah, teruskanlah. Kalau tidak, jauhilah dia."-pesanan Luqman al-Hakim


Rabu, 20 April 2011

aku rasa aku cantik...??

  • Lily bangun tidur. Terus menuju ke meja study. Switch On laptopnya.

    Password : ******

    ~~~~~~~~~~~~ Proceeding~~~~~~~~~

    Welcome.

    Cursor di arah ke YouCam.

    “nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!”

    Klik..klik..klik… *aaaa! lawa lak aku snap.

    Save in…’aku cute’ folder.

    Cursor di arah ke Celcom..double click! Connect

    “Yes! Dapat pun connect. Ingatkan dah terminate..hehe”

    www.facebook.com

    email password

    aku_cute@yehaa.combact ******

    upload photo

    create album : buchuk baru bangun tdo!ngee~

    location : -

    “da settle da upload..yes!"
    Mr. Jambu likes your photo

    Boboy commented on your photo

    Haziq, haikal, boboy and 26 others friends commented on your photo.

    “Giler banyak..hehe baru je letak kot”

    Boboy : awk ni cute sgt la..mcm amoy!

    Mr.Jambu : cun abis~

    Haziq : sgt comel la dia br bngun tdo..alolo~

    Lily : eh..xla..mne ade..trime kasih..xcute pun…

    1 message received

    Opening……

    Unknown :

    “wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu. Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya & lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu yang awak sendiri TAHU y awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. Terima kasih luangkan masa..salam =) ”

    Logout....

    ........................................................................................................................................................
    nota // : dulu aku sendiri pun pernah letak gambar sendiri, memang tak dinafikan ramai je yang like dan komen. Tapi aku ditegur oleh seorang teman kata dia = kan lebih baik kecantikan yang dimiliki oleh wanita itu sememangnya ekslusif buat suami.. hanya suami yang bisa menatap,merasa.. jangan tunjuk aurat atau kecantikan yang bakal membebankan bakal suami sebaliknya tolong menjaga diri sendiri agar bisa merasa syurga Allah sediakan buat orang2 yang beriman.. dalam masa yang sama bantu pelihara diri dan bakal suami dari menanggung dosa kelak . Aku nak jadi seperti orang2 yang berada dalam bilangan yang sedikit berbanding yang ramai. ^^ insyallah~


ya tayba- suka lagu ini masa di tahfiz..

Lelaki oh lelaki!

Lelaki di akhir zaman ini... Kuberfikir.. 
Lelaki di akhir zaman ini Payah untuk kutemui Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan mengumpul dunia Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya.
Kuberfikir.. Lelaki di akhir zaman ini Susah untuk kutemui Yang benar-benar takut pada Ilahi Sentiasa mendambakan kasih Ilahi Yang ada hanya mengharapkan kasih insani Yang melalaikan orang dan diri sendiri.
Kuberfikir.. Lelaki di akhir zaman ini Sukar untuk kutemui Ahli profesional yang bertaqwa Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka Yang hidupnya lebih berat dari barat Ibadah dan amal terasa amat berat.
Kuberfikir.. Lelaki di akhir zaman ini Payah untuk kutemui Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat Yang sanggup bersusah dan penat Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka.
Kuberfikir.. Lelaki di akhir zaman ini Susah untuk kutemui Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat Syahid yang sentiasa menjadi matlamat Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat Dan melupakan kehidupan akhirat.
Kuberfikir.. Lelaki di akhir zaman ini Sukar untuk kutemui Yang sentiasa bermunajat dan berzikir Sentiasa bertafakkur dan berfikir Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir.
Namun kutetap berfikir.. pasti masih ada lagi Lelaki di akhir zaman ini Seperti yang kufikir..
nota// : bangun wahai pemuda Islam ayuh pelihara hak Allah dan bimbinglah wanita untuk menjadi wanita solehah ~ ^^

Rabu, 13 April 2011

I LoVe YoU lah!


cinta itu anugerah dari ilahi.. mana2 manusia yang bercinta memang merasa indah.. sangat indah jika cinta itu suci dan tak dicemari.. tak dicemari macam mana? tak diselaputi dosa.. '' ah! manusia semua ada nafsu! tak perfect la ok?!'' ye kita semua tak perfect termasuk aku.. tapi pengalaman aku sendiri bila cinta yang disemai tanpa dosa sangat tenang.. kalau ikutkan pengalaman memang aku mengaku aku juga pernah jatuh cinta pada lelaki. ye indah sangat bila dia kata ''sayang cantik sangat2 di mata abang'' aku fikir2 balik, apa guna cantik jika tak dipelihara? mak aku cakap kalu betul2 lelaki tu sayang dan mencintai gadis tu dia akan pelihara kita...
puas aku fikir statement mak aku.. puas aku interview sahabat aku para lelaki..
tapi betul jugak kan? kalau aku pun, aku tak nak orang tengok barang yang aku sayang dan berharga bagi aku...
kenapa para pakwe sekarang ni makin awek mereka nampak cantik dan seksi makin dibanggakan? masyallah..
kalau nak bercinta kan lebih baik jika percintaan itu membawa kita dekat pada Allah dan dekat untuk meniti titian ke syurga..
''awak.. kalau awak sayang saya belikan saya rantai berlian ke kalau tak boleh pun belikan iPad ke?'' ...... atau........?
''awak kalau awak sayang saya bimbing lah saya ke jalan yang benar.. awak jangan pergi syurga sorang2 tau.. bawa saya sekali ye?''
sukar untuk mencari insan bernama lelaki yang benar2 mencintai kita seadanya dan membawa kita ke jalan yang benar dan ke hubungan yang halal...
gadis yang tidak bijak dan tidak boleh lihat dengan mata hatinya akan selalu ditipu dengan janji2 manis sang kekasih..
bagi aku.. cinta itu memang tak dapat dihindar dan dicegah..
seperti insan yang lain.. nak jugak rasa dicintai dan disayangi.. tapi lebih indah jika dikurniakan seorang insan sebagai teman hidup yang mencintai Allah sepenuh hati dan iman yang melindungi dirinya dari melakukan dosa..
cinta itu tidak menyusahkan tetapi menyenangkan.. <---- menyenangkan untuk mendekati diri kepada Allah..
carilah hubungan yang penghujungnya menemui halal.. :)
saya menanti saat itu bersama awak! saya sayang awak kerana Allah!
                                     .......... EVERYTHING FOR ALLAH........

Khamis, 7 April 2011

Sedarkan aku...


Bahkan mereka ditelanjangi dari baju berjenama, di masukkan dengan kain kafan ke liang kufur. Kemudian mereka di Tanya : ‘’siapakah Tuhanmu? Siapakah nabimu? Apa agamamu?
Masyallah.. aku bertanya kepada diriku.. sudah sediakah aku menghadap Allah s.w.t ..? cukup kah amalan2 yang aku lakukan di dunia? Bagaimana pula dosa2 yang aku lakukan di belakang pengetahuan orang tuaku? Siapakah yang membantu aku sekiranya aku di azab di neraka kelak? Apakah aku menunaikan tanggungjawabku dengan sebaik2 nya?? Apakah aku bisa menebus ganti solat2 yang aku tinggalkan secara sengaja? Apakah aku pantas ke syurga sedangkan aku bergelumang dengan maksiat.. Ya Allah..!
Oleh itu, bersiap-siaplah dan bekalkan diri kita sebaik-baik nya untuk menghadapi saat itu.. setiap yang hidup pasti merasa mati.. Jangan bersedih hati atau kecewa kerana kehilangan sesuatu dari harta duniawi, kerana sesungguhnya harta duniawi itu adalah barang yang murah dan pasti lenyap serta tidak kekal, tiada yang kekal selain amal soleh..,
Allah s.w.t berfirman :
‘’sesiapa yang beramal soleh,dari lelaki atau perempuan,sedang dia beriman,maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan Sesungguhnya kami akan membalas mereka,dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka kerjakan.’’ (surah An-Nahl : 97)

Sabtu, 2 April 2011

Nak Tahu..?

Bagai menyalakan api lalu dipadam...
Allah berfirman yang bermaksud : "Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api,maka setelah api itu menerangi sekelilingnya, Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat." (Surah al-Baqarah 2:17)

Orang munafik yang mengucapkan keimanan agar dianggap beriman oleh manusia laksana orang yang menyalakan api dan berjalan dalam naugan cahaya selama apinya menyala. Namun,apabila meninggalkan keimanan, ia pun berada dalam kegelapan seperti orang yang apinya padam. Akhirnya ia tidak mendapat petunjuk dan tidak juga dapat melihat.
SO? Jangan kita jadi macam ni.. Sesungguhnya Allah itu lagi Maha Mengetahui. :))

Tips! oohh Tip! tutup aurat nak?? :))

haaa! ni nak focus ni.. sebab yelah... kalau kita tengok manusia2 diluar sana soal aurat bukan penting.. yang penting harga pakaian,jenama pakaian,bentuk badan yang dipamerkan.. dan blaaaaaaa3...,heee.
yelahhh memanglah semua orang tak perfect tu Aku pon sokong jugak.. tapi kan.. kan lebih indah jika aurat tu bersifat khas? bagi Aku kan, bile sebut tentang something yang khas..,mestilah iaya ekslusif! huhuhu.. yela mahal.. bukan semua mampu melihat,memilki malah menyentuh.. kan3?? ''Woii mak cik tak trend lah pakai cam gini !? hahahaha"" tengok lah, bila nak berubah bab2 orang mengata tu biasalah.. tapi tanya diri kita.. nak hirau apa yang dikatakan orang ata yang dikatakan Allah? aurat wanita ibarat permata.. sebab pe tau tak? Yelah, sape aje kat dunia ni mampu beli permata kan? bukan semua.. seketul permata yang besar kuku kita ni pon da berjuta2 nilainya.. begitulah juga aurat wanita.. bukan semua mampu menikmatinya.. :))
'' Tak lawa lah pulak aku pakai baju gelebeh2 ni.. adoiii kang tak ada sesiapa yang minat aku rugilah! lepas tu tak ada orang puji pulak! '' haaaaa.... jangan kita berpikiran begini.. tapi,Fikirlah bahawa syurga firdaus itu milik kita sekiranya kita menjaga aurat dengan baik.

Tips! :
  • TAHU. langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi mengetahui batas2 aurat,Ciri2 pakaian yang menutup aurat,ciri2 pakaian yang menutup aurat,siapa mahram dan ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dan sebagainya.
  • SEDAR. bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. jangan ambil sambil lewa dan acuh tak acuh. soal HALAL dan HARAM adalah perkara besar.
  • SYIAR. setiap agama ada imejnya. imej wanita muslimah dapat dikenali melalui ciri2 pakaian yang menutup aurat.
  • FUNGSI CERMIN. sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, " wahai cermin,adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?
  • ASINGKAN. pakaianmu kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dihadapan ajnabi. pakaian yang agak menyerlah boleh dipakai tetapi ketika bersendirian atau dihadapan suami.
  • MALU. wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat dihadapan lelaki ajnabi akan berasa malu,takut,gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
  • Bersahabatlah dengan WANITA YANG SOLEHAH boleh mendorong dan menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha menjaga penampilan patuh kepada syariah.
  • EKSLUSIF. semua wanita itu cantik,jika tidak manakan pula iblis boleh menjadikan wanita sebagai senjata utama melemahkan kaum lelaki? namun,kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik ekslusif si suami. oleh sebab itu,.usah dipertonton aurat dan perhiasanmu kepada umum. jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya. 
  • BANYAK MANFAAT. wanita yang menutupa aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat. tidak perlu dirisaukan mata liar yang memandang,tidak perlu ambil kisah gaya rambut, dan tidak perlu berhabis duit untuk membeli aksesori. 
Kan untung jaga auratmu wahai muslimah?? ^_^

BoRinG..! BosAn..!

Ada suara yang mengungkapkan : " Boring la hidup ni! " kalimah ''bosan'' dilontarkan jauh2 dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya.
Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang matlamatnya sifar. Jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya orang2 fasik demi mengisi kekosongan jiwa semata-mata.
Seorang lelaki yang berkerjaya akan terkejar2 dengan tanggungjawab yang dipikul sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer2 yang nak digunakan di akhirat kelak bukan wang yang menimbun sehinggakan iman tenggelam dan tak nampak. Dunia dan akhiratnya disepadukan dan itulah wassotiah.
Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi yang penting setelah dilahirkan didunia. Mereka hamba dan mereka jualah pemimpin(khalifah)... 

dan ingatlah Firman Allah S.W.T yang bermaksud :" Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah." - Surah Ad-Dhariyat 51:56

Allah juga berfirman yang bermaksud : '' Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat ; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." - Surah Al-Baqarah 2:30

Dua misi inilah yang akan membuatkan kita begitu sibuk didunia untuk mengerjakan tanggungjawab selarasnya sehinggakan tiada masa untuk bergelumang dengan maksiat. InSyAllaH..!

Wallahualam ^_^




ade cite sket nie! cecite~cecite.. :)

Alhamdulillah! ade 1 cte ni tajuk die ''EGONYA SI KATAK NI!?''.....
Satu hari.. jengggg..jengggg..!           
Seekor anak katak pulang ke pangkuan ayahnya dengan tercungap-cungap..
"Ayah,saya baru je pulang dari bermain di sawah padi. Saya jumpa binatang bernama kerbau.."
" Ahhh.. apa nak dihairankannya?" kata bapa katak walaupun sebenarnya dia sendiri tidak pernah melihat kerbau..
"kerbau tu kan.. besarrrr ayah...!''
" Ahh! yeke kamu ni? ada besar ni?'' tanya bapa katak sambil menggembungkan perutnya.
" Tak ayah, lebih besar lagi"....
" Ada sebesar ini?'' kata bapa katak sambil membesarkan perutnya lagi..
Anak katak pula menggeleng-gelengkan kepalanya.Bapa katak bertambah geram dan marah.
" Ada sebesar ini?'' perutnya menjadi sangat besar sehinggakan nafasnya tercungap-cungap.
 Anak katak terus menidakkannya begitulah berlaku berulang-ulang kali sehingga..................
POOOPPP! perut bapa katak meletup. Bapa katak pun mati. Anaknya kebingungan mengapa bapanya sanggup mati kerana nak menandingi ''kebesaran'' seekor kerbau??..

MUHASABAH :))

Apakah Allah terima TAUBATku??

haaaa! jeng3.. hee ~ kadang2 bile dah wat sesuatu kesilapan kita tak tau cam ner la nak kembali ke pangkal jalan.. bila nak berubah, dikata pula oleh orang lain! ishhh.. masyallah macam2 sifat manusia.. bile orang dah mengata.. haa mula lah rase macam2 ? '' alahhh kalau aku berubah dan taubat pon bukan Allah terima pon. sedangkan orang sekeliling aku pon tak terima aku'' aishhhh! jangan begitu ye? kite sebagai khalifah dimuka bumi Allah nie, memang tak lari dari kesilapan.. bila dirundung kekalutan dan kesusahan.. sukar mencari teman yang boleh membimbing kita ke pangkal jalan. bila di atur selangkah menuju jambatan Ilahi, dikata orang pula?!....
jom lihat apa ALLAH kata dalam firman2 nye :))

KAMU lakukan dosa kerana kejahilan,lalu segeralah bertaubat...
Firman Allah,maksudnya : " sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan,kemudian mereka segera bertaubat.Maka,(dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya.Dan ingatlah, Allah maha mengetahui,lagi maha bijaksana."- Surah Al-Nisa' 4:17

KAMU lakukan dosa tetapi kemudian kamu insaf dan berusaha memperbaiki diri.....
Firman Allah maksudnya : " Dan mana-mana dua orang diantara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu,maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka(yang buruk), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa menerima taubat,lagi maha luas rahmat-NYA." - Surah Al- Nisa' 4:16

DIA memaafkan kesalahan yang kamu lakukan....
Firman Allah,maksudnya : ''Dan Dialah tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hamba-NYA(yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan(yang mereka lakukan);dan Ia mengetahui akan apayang kamu kerjakan." - SurahAl-Syura 42:25

DIA memaafkan kesalahan siapa sahaja yang dikehendaki-NYA.....  
Firma Allah maksudnya, : "Dan Dialah juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu,dan Allah akan menerima taubat orang yang dikehendaki-NYA; dan ingatlah Allah maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.'' - Surah Al-Taubah 9:15

Wallahualam ^_^  

Jumaat, 1 April 2011

mai jadi bomba padam api kemarahan! hee~

kita semua mesti kadang-kadang terfikir ek, cam ner lah nak kawal marah!? huhu.. setiap manusia tak terlepas dari sikap ini.. inilah fitrah kita sebagai khalifah . manusia menemukan 1001 rasa dalam dirinya. yang paling popular dikalangan kaum adam dan hawa ni ialah..... MARAH! huhu..
jom atasi nya! sebab ana sendiri kuat marah huhu...

 Berwuduk
 Ini adalah cara terbaik. Ketika anda sedang marah, berwuduklah. Pasti akan redha kemarahan itu. Selain itu, wuduk juga dapat menghapuskan dosa-dosa kecil. So, amalkan la berwuduk.

Beribadat
Perkara paling senang untuk dilakukan. Bagi umat Islam hari-hari diwajibkan solatkan?? Solat tu dah dikira ibadat. So jangan lah tinggal solat. Senangkan. Solat dapat menenangkan diri anda. Anda juga boleh melakukan ibadat lain seperti qiamullail, baca al-quran dan macam-macam lagi sebagai tambahan.

Makan Coklat
Ada kajian yang menyatakan bahawa makan coklat dapat mengurangkan tekanan darah dengan membesarkan pembuluh darah. So kurang lah naik darah tu.

Melihat Pemandangan Cantik
Melihat alam ciptaan Allah ini memang banyak hikmahnya. Kagum dengan segala ciptaanNya. Hati anda akan lebih sejuk.

Amalkan Minum Teh
Teh dapat menurunkan kadar peningkatan hormon marah. So bila tiada hormon tu, anda tidaklah naik angin tidak tentu pasal jer.

Menonton Video Atau Cerita Lucu
Dengan menonton dan menbaca sesuatu yang lucu anda akan ketawa. Dengan ketawa anda boleh menghilangkan sedikit sebanyak duka atau masalah-masalah yang berlaku. Anda akan merasa lebih happy.

Berurut
Anda boleh mengurut sendiri kepala anda. Ataupun nak lebih sedap suruhla rakan-rakan anda ataupun sesiapa saja yang urut. Kalau rasa banyak duit boleh pegi spa. Satu badan dia urutkan.

Meluahkan Perasaan
Kadang-kadang bila kita simpan sesuatu didalam hati kita menyebabkan kita akan cepat naik marah. So, jika ada sengketa berkongsilah dengan sesiapa saja. Kita akan memperoleh banyak cara untuk melerai kerumitan yang terjadi. Jangan tanggung seorang diri. Lebih banyak kita kongsi, lebih banyak idea yang akan diperolehi untuk selesaikan masala
Banyak lagi sebenarnya. Tetapi yang saya tulis ini adalah perkara biasa yang dilakukan bagi orang meredakan kemarahan mereka. Sama-samalah kita amalkan.



Kisah menarik! ^_^


Ana cukup tertarik dengan kisah ni! ^_^ 

 .........Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bin Khattab R.A. digambarkan tentang tiga orang yang beranaung dalam sebuah gua, dimana mereka terjebak dalam gua itu disebabkan ada sebuah batu yang tergelincir dari puncak gunung lalu menutupi pintu gua. kemudian saat itu,mereka bertawassul kepada Allah agar mendapat keselamatan. Masing-masing daripada mereka menyebut tentang amal soleh yang pernah mereka lakukan. orang kedua diantara tiga itu berkata :

"Ya Allah,dahulu aku mempunyai seorang sepupu,anak perempuan kepada bapa saudaraku yang sangat aku cintai sebagaimana kecintaan seorang lelaki kepada seorang wanita. Aku ingin menggauli dirinya tetapi ia menolak ajakanku. Suatu hari,maka tibalah musim kemarau dan ia mengalami kelaparan yang amat sangat. Ia datang kepadaku dan meminta pertolongan dariku lantas aku menawarkannya wang sebanyak 120 dinar dengan syarat dia membenarkan dan membiarkan diriku menikmati tubuhnya. maka ternyata tiada jalan lain baginya, kecuali dengan memenuhi permintaanku, hingga ketika akan berjaya menguasainya - dalam riwayat lain disebutkan : Saat aku telah berada di antara kedua kakinya (kaki wanita itu) lantas ia berkata : " Bertaqwalah kepada Allah dan jangan merosakkan kehormatan melainkan dengan kebenaran (bernikah)"

Gadis tersebut seorang yang bertaqwa dan tidak ingin menyerahkan dirinya. tetapi ketika kemiskinan memaksanya, dia terpaksa menuruti apa yang dipinta oleh sang lelaki itu. Namun gadis itu mengingatkan akan lelaki itu kepada Allah dan supaya takut kepadaNYA. Si lelaki itu tersentak hatinya oleh bisikan imannya. Jika dia menginginkan gadis itu dia boleh menikahnya dengan cara yang sah,tidak dengan melakukan zina. Seketika itu juga tubuhnya gementar dan terus bertaubat kepada Allah S.W.T,

dengan pengakuannya ini, menyebabkan bergesernya batu yang menutupi pintu gua, sehingga terlihatlah sedikit celah pintu gua yang dapat dimasuki cahaya matahari.

SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. wallahualam....~


jom jadi wanita paling ANGGUN di dunia! :)

KETAHUILAH~ ^_^
.....dengan kecantikan yang kau miliki ternyata lebih cantik dari matahari. Dengan akhlak yang kau punyai lebih harum dari minyak wangi, dengan sikap tawadukmu pula lebih tinggi dari purnama dan dengan cinta yang kau miliki lebih segar daripada rintik2 gerimis.....
Peliharalah kecantikan mu dengan keimanan,keredhaan dengan kepuasan dan kehormatan dengan hijab yang menutupi mu...
Perhiasanmu wahai muslimah bukan lah emas atau perak, tetapi DUA RAKAAT menjelangnya subuh, dahagamu di tengahari terik kerana PUASA yang engkau kerjakan, DERMA yang engkau hulurkan disembunyikan dari insan lain tetapi hanya diketahui oleh Allah, airmata TAUBATmu yang berharga menitis air mata dikala sujud di atas hamparan sejadah dan MALU mu kepada Allah ketika terdorong untuk mendekati perbuatan nista dan maksiat.

SEDARLAH...jadikan taqwa itu bak pakaian mu dan nescaya kau akan menjadi wanita tercantik didunia meskipun zahir mu tak berupa... jadikan rasa malu itu sebagai baju yang menutupi tubuhmu, nescaya kau menjadi wanita yang paling anggun di sisi Allah meskipun kau tidak berkalungkan berlian dan permata.

AYUH! hindari rutin2 hidup seperti yang dilakukan oleh wanita2 fasik yang suka memperlihatkan daya tarikannya untuk mengaburi mata Si Adam dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi utama kaum Adam tanpa mengendahkan norma2 susila dan syariat yang telah Allah tetapkan. Kerana sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahanam.

FIRMAN ALLAH S.W.T :
"Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka;" - (Surah Al-Lail:Ayat 15)