BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow by Email

Sabtu, 2 April 2011

Apakah Allah terima TAUBATku??

haaaa! jeng3.. hee ~ kadang2 bile dah wat sesuatu kesilapan kita tak tau cam ner la nak kembali ke pangkal jalan.. bila nak berubah, dikata pula oleh orang lain! ishhh.. masyallah macam2 sifat manusia.. bile orang dah mengata.. haa mula lah rase macam2 ? '' alahhh kalau aku berubah dan taubat pon bukan Allah terima pon. sedangkan orang sekeliling aku pon tak terima aku'' aishhhh! jangan begitu ye? kite sebagai khalifah dimuka bumi Allah nie, memang tak lari dari kesilapan.. bila dirundung kekalutan dan kesusahan.. sukar mencari teman yang boleh membimbing kita ke pangkal jalan. bila di atur selangkah menuju jambatan Ilahi, dikata orang pula?!....
jom lihat apa ALLAH kata dalam firman2 nye :))

KAMU lakukan dosa kerana kejahilan,lalu segeralah bertaubat...
Firman Allah,maksudnya : " sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan,kemudian mereka segera bertaubat.Maka,(dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya.Dan ingatlah, Allah maha mengetahui,lagi maha bijaksana."- Surah Al-Nisa' 4:17

KAMU lakukan dosa tetapi kemudian kamu insaf dan berusaha memperbaiki diri.....
Firman Allah maksudnya : " Dan mana-mana dua orang diantara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu,maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka(yang buruk), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa menerima taubat,lagi maha luas rahmat-NYA." - Surah Al- Nisa' 4:16

DIA memaafkan kesalahan yang kamu lakukan....
Firman Allah,maksudnya : ''Dan Dialah tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hamba-NYA(yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan(yang mereka lakukan);dan Ia mengetahui akan apayang kamu kerjakan." - SurahAl-Syura 42:25

DIA memaafkan kesalahan siapa sahaja yang dikehendaki-NYA.....  
Firma Allah maksudnya, : "Dan Dialah juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu,dan Allah akan menerima taubat orang yang dikehendaki-NYA; dan ingatlah Allah maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.'' - Surah Al-Taubah 9:15

Wallahualam ^_^  

0 ulasan: