BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 7 April 2011

Sedarkan aku...


Bahkan mereka ditelanjangi dari baju berjenama, di masukkan dengan kain kafan ke liang kufur. Kemudian mereka di Tanya : ‘’siapakah Tuhanmu? Siapakah nabimu? Apa agamamu?
Masyallah.. aku bertanya kepada diriku.. sudah sediakah aku menghadap Allah s.w.t ..? cukup kah amalan2 yang aku lakukan di dunia? Bagaimana pula dosa2 yang aku lakukan di belakang pengetahuan orang tuaku? Siapakah yang membantu aku sekiranya aku di azab di neraka kelak? Apakah aku menunaikan tanggungjawabku dengan sebaik2 nya?? Apakah aku bisa menebus ganti solat2 yang aku tinggalkan secara sengaja? Apakah aku pantas ke syurga sedangkan aku bergelumang dengan maksiat.. Ya Allah..!
Oleh itu, bersiap-siaplah dan bekalkan diri kita sebaik-baik nya untuk menghadapi saat itu.. setiap yang hidup pasti merasa mati.. Jangan bersedih hati atau kecewa kerana kehilangan sesuatu dari harta duniawi, kerana sesungguhnya harta duniawi itu adalah barang yang murah dan pasti lenyap serta tidak kekal, tiada yang kekal selain amal soleh..,
Allah s.w.t berfirman :
‘’sesiapa yang beramal soleh,dari lelaki atau perempuan,sedang dia beriman,maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan Sesungguhnya kami akan membalas mereka,dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka kerjakan.’’ (surah An-Nahl : 97)

0 ulasan: