BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 2 April 2011

Tips! oohh Tip! tutup aurat nak?? :))

haaa! ni nak focus ni.. sebab yelah... kalau kita tengok manusia2 diluar sana soal aurat bukan penting.. yang penting harga pakaian,jenama pakaian,bentuk badan yang dipamerkan.. dan blaaaaaaa3...,heee.
yelahhh memanglah semua orang tak perfect tu Aku pon sokong jugak.. tapi kan.. kan lebih indah jika aurat tu bersifat khas? bagi Aku kan, bile sebut tentang something yang khas..,mestilah iaya ekslusif! huhuhu.. yela mahal.. bukan semua mampu melihat,memilki malah menyentuh.. kan3?? ''Woii mak cik tak trend lah pakai cam gini !? hahahaha"" tengok lah, bila nak berubah bab2 orang mengata tu biasalah.. tapi tanya diri kita.. nak hirau apa yang dikatakan orang ata yang dikatakan Allah? aurat wanita ibarat permata.. sebab pe tau tak? Yelah, sape aje kat dunia ni mampu beli permata kan? bukan semua.. seketul permata yang besar kuku kita ni pon da berjuta2 nilainya.. begitulah juga aurat wanita.. bukan semua mampu menikmatinya.. :))
'' Tak lawa lah pulak aku pakai baju gelebeh2 ni.. adoiii kang tak ada sesiapa yang minat aku rugilah! lepas tu tak ada orang puji pulak! '' haaaaa.... jangan kita berpikiran begini.. tapi,Fikirlah bahawa syurga firdaus itu milik kita sekiranya kita menjaga aurat dengan baik.

Tips! :
  • TAHU. langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi mengetahui batas2 aurat,Ciri2 pakaian yang menutup aurat,ciri2 pakaian yang menutup aurat,siapa mahram dan ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dan sebagainya.
  • SEDAR. bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. jangan ambil sambil lewa dan acuh tak acuh. soal HALAL dan HARAM adalah perkara besar.
  • SYIAR. setiap agama ada imejnya. imej wanita muslimah dapat dikenali melalui ciri2 pakaian yang menutup aurat.
  • FUNGSI CERMIN. sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, " wahai cermin,adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?
  • ASINGKAN. pakaianmu kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dihadapan ajnabi. pakaian yang agak menyerlah boleh dipakai tetapi ketika bersendirian atau dihadapan suami.
  • MALU. wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat dihadapan lelaki ajnabi akan berasa malu,takut,gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
  • Bersahabatlah dengan WANITA YANG SOLEHAH boleh mendorong dan menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha menjaga penampilan patuh kepada syariah.
  • EKSLUSIF. semua wanita itu cantik,jika tidak manakan pula iblis boleh menjadikan wanita sebagai senjata utama melemahkan kaum lelaki? namun,kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik ekslusif si suami. oleh sebab itu,.usah dipertonton aurat dan perhiasanmu kepada umum. jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya. 
  • BANYAK MANFAAT. wanita yang menutupa aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat. tidak perlu dirisaukan mata liar yang memandang,tidak perlu ambil kisah gaya rambut, dan tidak perlu berhabis duit untuk membeli aksesori. 
Kan untung jaga auratmu wahai muslimah?? ^_^

0 ulasan: