BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Follow by Email

Rabu, 20 April 2011

Lelaki oh lelaki!

Lelaki di akhir zaman ini... Kuberfikir.. 
Lelaki di akhir zaman ini Payah untuk kutemui Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan mengumpul dunia Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya.
Kuberfikir.. Lelaki di akhir zaman ini Susah untuk kutemui Yang benar-benar takut pada Ilahi Sentiasa mendambakan kasih Ilahi Yang ada hanya mengharapkan kasih insani Yang melalaikan orang dan diri sendiri.
Kuberfikir.. Lelaki di akhir zaman ini Sukar untuk kutemui Ahli profesional yang bertaqwa Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka Yang hidupnya lebih berat dari barat Ibadah dan amal terasa amat berat.
Kuberfikir.. Lelaki di akhir zaman ini Payah untuk kutemui Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat Yang sanggup bersusah dan penat Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka.
Kuberfikir.. Lelaki di akhir zaman ini Susah untuk kutemui Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat Syahid yang sentiasa menjadi matlamat Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat Dan melupakan kehidupan akhirat.
Kuberfikir.. Lelaki di akhir zaman ini Sukar untuk kutemui Yang sentiasa bermunajat dan berzikir Sentiasa bertafakkur dan berfikir Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir.
Namun kutetap berfikir.. pasti masih ada lagi Lelaki di akhir zaman ini Seperti yang kufikir..
nota// : bangun wahai pemuda Islam ayuh pelihara hak Allah dan bimbinglah wanita untuk menjadi wanita solehah ~ ^^

0 ulasan: